Selasa, 22 Disember 2009

THANKS

Assalamualaikum wbt
I feel so bored today and feel like to tulis2 here.By the way,on behalf of my band members,I would like to thank to all my friends that came to Rantai last two days for supporting us.We really appreciate your support so much.TQ sgt2 to khalif da bodyguard,mat nan da gengster,arif da gayish,kumin da ensem one,geng2 maia kristal: muncid,dakwan da sweettalker,pasangan bahagia abad ini(dhea n zaid),eik putera da influx boy bersama 2 gadis ayu,n opss our hot mama alia dop rop cetong hahaha.eh ader sorang agi,pengarah GRAND EXCEL tengku awanis yg sggup dtg dri melaka.pergh respek la kt boss.hahaTq gak to karim da chumel one kerna sudi menjadi sessionist kami.setinggi penghargaan kpd LOKMAN si pengetuk drum MINIE jugak,even sibuk2 pon sggup dtg gak bersama permaisuri hati yang baru.hehehe.haaa,x luper nk ucap timeksih jugak kt hotel rm50 kat BB.hahahaha. n kereta myvi hijau yg menjadi kuda tuk kami sepanjang ari.

Tidak lupa,terima kasih kepada yg mengenali MINIE dan tidak mengenali MINIE.Inshaallah,sentiasa yang terbaik dari kami.

Rabu, 2 Disember 2009

RANTAI


Jumpa Kami di Rantai Art Event!

INDIE DAILY

assalamaulaikum wbt dan salam satu malaysia!

Dengan ini dimaklumkan bahawa page MINIE iaitu band cikai dari IPOH telah dihack oleh seseorang yang berjiwa satu Malaysia dengan jayanya.Berita ini sangat mengejutkan MINIE sekeluarga kerana ia ibarat ingin menjatuhkan karier kami sebagai musician yang picisan dalam arena permainan muzik zaman teknologi hijau ini.

Setakat ini,kami masih lagi menyiasat siapakah individu-individu yang terlibat dalam konspirasi jahat ini sehinggakan page MINIE diliwat sehingga begitu rupa.Bukan page kami sahaja diliwatnya,email kami pon turut terliwat sama dek kerana konspirasi ini.Mungkin ini tanda betapa rakusnya si peliwat bangsa.
Namun,kami tertanya-tanya kenapa kami diserang sebegitu rupa?siapakah MINIE di hati rakyat Malaysia?MINIE ini pernah ker mendapat anugerah2 besar spt band2 lain? "kami tersenyum malu bila muncul soalan-soalan yang tidak ada logika ini mula menembusi benak otak kami yang semakin bercelaru.

Alahai,belum apa-apa begini jadinya.Walau-bagaimanapun,peristiwa ini cukup manis dikenang seketika kerana mungkin inilah pengorbanan kecil yang kami perlu korbankan sempene Hari Raya Korban ini.Tanggal 15 Zulhijjah akan menjadi peristiwa indah seperti mana indahnya saat umat Islam seluruh dunia sedang khusyuk menunaikan rukun Islam di kota suci Mekah.amin.

Justeru itu,kami MINIE sekeluarga ingin memohon maaf diatas segala kesulitan yang timbul dan berharap moga apa yang terjadi menjadi iktibar buat pengkarya-perngkarya seni tanah air.Moga karyamu tidak disekat dan dirobek haknya seperti kami.Inilah bahana dunia internet tanpa sempadan kerana mereka dapat mencabul hak asasi manusia dengan mudah ibarat A B C.

Akhirul Kalam,jumpa kami di RANTAI pada 20hb Disember dan dengan izin Allah swt,MINIE masih lagi disini walaupun rumah kami roboh terjatuh tersungkur.

"Ku kan temukan Mesin Chentamu yang baru"

Regards,
Management of Minie
MiM
 

© Free blogger template 3 columns